Wednesday, February 4, 2009

Who am i?

Salam sejahtera kpd semua yg mengenali diri saya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kpd sahabat saya Ewon kerana telah mengingatkan saya kembali tentang blog ini. saya telah memulakan blog ini sejak 2008 tetapi tidak pernah atau jarang mengemaskininya. Tahun 2009 baru bermula, saya akan masukkan aktiviti blogging antara azam baru.

Saya berasal dari sebuah keluarga yang sederhana. Dilahir dan membesar di Kg. Kironggu yang terletak dalam kawasan Inanam. Berbangsa Sino-Dusun tetapi gaya hidup adalah 100% orang kita. Asal usul keluarga berasal dari tanah besar China, saya merupakan generasi ketiga yang lahir di sabah. Memulakan pendidikan sekolah rendah di SK Kironggu Inanam sebelum meneruskan pelajaran di Chung Hwa Middle School, Brunei dari darjah 1 hingga darjah 4. Pada tahun 1995, kembali semula ke SK Kironggu untuk menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Seterusnya, saya meneruskan pelajaran di SMK Inanam dari tingkatan 1 hingga 5 untuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Pernah bersekolah tingkatan 6 rendah selama dua bulan di Sabah Adventist Secondary Scholl (SASS), Tamparuli sebelum meneruskan pelajaran di SMK Menggatal sehingga tamat tingkatan 6 atas. Atas usaha gigih dan berkat Tuhan, saya berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk mengikuti kursus Bacelor Pendidikan "Pengajaran Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Pertama" untuk sesi pengajian 2003-2007.
Kini, saya bertugas sebagai seorang guru di Sekolah Menengah Teknik Tawau sejak November 2007. walaupun bertugas sebagai seorang guru, hati dan semangat untuk berjuang dalam bidang politik tetap membara. Mungkin diwarisi daripada mendiang ayah saya kerana ayah saya sendiri pernah bekerja sebagai Community Development Officer (CDO) semasa era kerajaan Berjaya. Pada waktu itu, Gundohing Marcel Leiking (kini Datuk) merupakan wakil rakyat bagi kawasan Inanam. Dalam perjuangan politik, saya berpegang teguh kpd prinsip perjuangan parti UPKO dalam memartabatkan rumpun pasokmomogun.
Untuk rakan-rakan pembaca, blog ini akan saya jadikan medan untuk berkongsi pendapat dalam pelbagai isu spt isu politik, pendidikan, sosial, ekonomi, sukan dan pelbagai lagi isu semasa. Hingga bertemu lagi, terima kasih kerana sudi membaca sedikit latar belakang tentang diri saya mahupun tentang blog ini.
The author of this blog is Mr McManus Sing. My next article cum sharing is about "how i get into politics".

1 comment:

The Writer said...

Mc... siuk juga mambaca ko punya blog ni... nanti ko update lah bah... mungkin salapas ko balik dari pilipin... hahaha trip family kan...